Memuatkan video
Transkrip
Malay
Dosa, adalah penghalang yang menyebabkan perpecahan antara manusia dan memisahkan kita dengan Tuhan.
Jika manusia bertanggungjawab atas tindakan mereka dan melakukan dosa,
kenapa Tuhan mesti selamatkan mereka dan bukan membiarkan mereka menanggung akibat perbuatan mereka sendiri?
Tuhan adalah kasih, pemberi kehidupan.
Dia mencipta manusia untuk berhubung secara Rohani dan Hubungan dengan Dia.
Tetapi manusia memilih untuk bertindak bertentangan dengan kehendak Tuhan, untuk berbuat dosa.
Yang memisahkan kita daripada Tuhan, sumber segala kehidupan.
Dosa diperturunkan dari generasi ke generasi seperti virus,
merebak dikalangan manusia, memisahkan manusia dengan Tuhan dan dengan satu sama lain.
Tuhan berfirman melalui Nabi-Nabi Nya,
memberi perintah dan peluang baru untuk mengikuti hukumNya, tetapi manusia selalu Gagal.
Akibat dosa yang memisahkan kita dengan Tuhan, adalah kematian.
Tapi Tuhan maha adil, Tuhan tak boleh mengabaikan atau mengampunkan dosa manusia.
Tuhan itu suci dan adil.
Sifat Tuhan yang tidak berkompromi bermakna Dia mesti menghakimi dan menghukum dosa.
Jadi bukankah terpulang kepada kita untuk mendapatkan pengampunan Tuhan dan mengelakkan penghakiman?
Masalahnya, manusia tidak boleh mematuhi perintah Tuhan dan tidak boleh hidup tanpa berbuat dosa,
dan kita tak boleh menebus diri kita sendiri.
Sepertinya kita ditakdirkan sebegini.
Kecuali Tuhan tidak mahu ciptaanya mati.
Dia penuh belas kasihan dan pengasih, dan ingin kita dipulihkan, hidup bersama Dia dalam kehidupan yang penuh.
Bermula dengan Nabi Ibrahim dan diteruskan melalui nabi-nabi yang lain selama berabad-abad lamanya.
Tuhan mendedahkan satu persatu rancangan-Nya untuk menghantar Penebus
yang akan membayar hukuman untuk dosa manusia.
Penebus itu, ialah Yesus
Dia turun ke bumi dari tempat kemuliaan-Nya di syurga, mengambil rupa seorang manusia.
Dan menjalani kehidupan tanpa dosa yang kita tidak pernah dapat.
Kemudian Yesus dengan rela hati menanggung dosa kita, menanggung hukuman mati untuk kita sekali dan untuk selama-lamanya.
Tetapi kematian tidak ada kuasa terhadap Dia.
Yesus bangkit dari kematian dan menakluki kematian dan dosa,
membolehkan hubungan dengan Tuhan dipulihkan semula.
Tuhan amat menyayangi kita, tetapi manusia tidak mampu untuk pulihkan diri mereka sendiri,
Yesus menebus kita daripada dosa dan kematian, supaya kita diselamatkan dan hidup dengan Nya.
Sekarang kita perlu menerima pengorbanan yang Yesus lakukan untuk kita
untuk menikmati kebebasan hubungan yang dipulihkan dengan Tuhan.