Segmen
Invitation to Know Jesus Personally
6 minFHD
Good News1 daripada 6Bab 1 daripada 6
Invitation to Know Jesus Personally
A narrator gives an invitation to know God personally. The invitation is open to everyone. It means turning to God and trusting Jesus with our lives and to forgive our sins. We can speak to Him in prayer when we're ready to become followers of Jesus.
SoalanSoalan berkaitan
Soalan andaAyat Alkitab
KongsiTranskrip
Malay (بهاس ملايو)
Dalam Kitab Suci, Tuhan menyatakan bahawa Mesias akan datang untuk menyelamatkan dunia.
Kehidupan Yesus membuktikan bahawa Dialah, yang dikatakan oleh para nabi dahulu.
Nabi Yesaya menubuatkan bahawa: “Perawan itu akan mengandung dan melahirkan seorang anak”
Beberapa abad kemudian, kelahiran Yesus telah menggenapi nubuatan itu.
Kitab Suci menyatakan bahawa anak kudus yang dilahirkan disebut Anak Tuhan.
Ini bermakna bahawa Yesus akan disebut Anak Tuhan dalam pengertian rohaniah, bukan fizikal.
Kita dapat melihat bagaimana Dia menjalani hidup-Nya:
Dia menyembuhkan orang sakit, mengampuni dosa mereka dan membawa mereka kembali kepada Tuhan,
dan berjanji kepada mereka tempat dalam kerajaan kekal.
Dia memberikan diri-Nya sebagai korban atas dosa-dosa bagi pihak mereka dan kemudian bangkit mengalahkan maut.
Yesus berkata: “Tidak seorangpun dapat mengambil nyawaKu daripadaKu. Aku menyerahkannya dengan rela."
Kehidupan Yesus tidak setakat menggenapi tulisan-tulisan para nabi,
tetapi mengesahkan kebenaran Firman Tuhan.
Para nabi menyatakan: “Firman Tuhan adalah sempurna, FirmanMu Ya Tuhan adalah kekal abadi.”
Yesus sendiri berkata: “Langit dan bumi akan berlalu, tetapi firmanKu tidak akan berlalu”
Yesus datang memberikan hidup-Nya kepada kita dalam segala kepenuhannya,
tetapi ketika manusia tidak taat di taman Eden
dan mengikuti jalannya sendiri maka ia dipisahkan daripada penciptanya.
Kitab Suci berkata “semua orang telah berbuat dosa”
dan “upah dosa ialah maut” Yang dimaksudkan adalah kematian secara rohani – terpisah dengan Tuhan selama-lamanya.
Namun seperti Tuhan menyediakan domba jantan menggantikan tempat anak Abraham
dia juga mengutus Yesus mati bagi pihak kita.
Kehidupan, kematian dan kebangkitan-Nya telah memulihkan hubungan antara Tuhan dengan mereka yang mempercayai Dia.
Sekarang, mereka yang mengikut Yesus tidak hanya mengalami pengampunan dosa tetapi diselamatkan dari penghukuman kekal.
Mereka juga diberi kepastian masuk Syurga dan hidup bersama-sama Yesus selama-lamanya.
Kehidupan yang seperti itulah, serta bebas dari daripada rasa bersalah
dan kuasa dosa yang ditawarkan oleh Yesus pada hari ini.
Bukan mengikut satu lagi agama melainkan beriman kepada Yesus yang mengatakan,
“Aku berdiri di hadapan pintu dan mengetuk.
Sesiapa yang mendengar suaraKu dan membukakan pintu, Aku akan bersama-sama dengan dia.”
Ini bermakna kita kembali kepada Tuhan dan mempercayai Yesus masuk ke dalam hidup kita,
pengampuni dosa dan menjadikan kita menurut kehendaknya.
Tidak cukup hanya bersetuju secara fikiran mahupun pengalaman emosi.
Kita menerima Yesus melalui anugerah dengan iman sebagai tindakan kemahuan kita.
Apabila seseorang sudah bersedia untuk menjadi pengikuti Yesus yang adalah Mesias
mereka boleh bercakap dengan Yesus dalam doa yang mudah.
Mungkin anda sudah bersedia untuk membuka pintu hidupmu untuk Tuhan.
Jika ya, anda boleh mengikuti doa berikut ini dalam hati anda:
Tuhan Yesus, saya memerlukan Engkau.
Terima kasih kerana mati di salib untuk dosa-dosa saya.
Saya mengakui dosa-dosa saya dan bertaubat.
Saya membuka pintu hati saya dan menerima Engkau sebagai Tuhan dan Penyelamat.
Terima kasih kerana mengampuni dosa-dosa saya dan memberi hidup kekal kepada saya.
Jadikan saya peribadi menurut kehendakMu,
sebab saya menjadi salah seorang pengikutMu.
Amen.
Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya: “domba-dombaKu mengenal suaraKu;
Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku.” Untuk mengalami hidup berkelimpahan yang Yesus janjikan,
pengikut-pengikut-Nya harus bercakap kepada Tuhan setiap hari dalam doa dan membaca atau mendengar Firman-Nya.
Mereka menceritakan tentang Yesus
dan bersekutu bersama dengan mereka yang mengasihi serta mengikuti Dia.
Ingatlah akan janji-Nya yang indah:
“Semua kuasa di syurga dan dibumi telah diberikan kepadaKu.”
“Aku menyertai kamu sentiasa sampai kesudahan zaman.”