Segmen
Birth of Jesus
4 minFHD
Relationships4 daripada 5Bab 4 daripada 5
Birth of Jesus
Luke makes his introduction as the careful author of this Gospel. The angel Gabriel appears to Mary, a virgin in Nazareth. He announces to her that she has found favor with God and will give birth to Jesus, the Son of God. Through Jesus' birth, prophecies are fulfilled by the arrangement of events. God leaves no detail unnoticed. The same can be said of our own lives.
SoalanSoalan berkaitan
Soalan andaAyat Alkitab
KongsiLuke 1:1
Many have undertaken to compose an account of the things that have been fulfilled among us,
Berean Standard Bible
Public Domain
Baca lagi...Transkrip
Malay (بهاس ملايو)
Aku menulis kepada kamu, Teofilus yang dikasihi,
satu laporan yang tersusun mengenai apa yang telah berlaku di antara kami,
supaya kamu dapat mengetahui kebenaran segala sesuatu.
Pada zaman Kaisar Agustus, dan semasa Herodes bertakhta di Yudea,
Tuhan mengutus malaikat Jibrail untuk mengunjungi seorang perawan di kota Nazaret.
Namanya, Maria.
Jangan takut Maria, sebab Tuhan berkenan dengan mu.
Kamu akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki, dan hendaklah kamu menamakan-Nya, Yesus.
Bagaimana mungkin terjadi?
Aku masih perawan.
Roh Tuhan akan menyertaimu.
Sebab itu, Anak Kudus itu akan digelar Anak Tuhan Yang Maha Tinggi. Kerajaan-Nya tidak akan berkesudahan.
Maka berangkatlah Maria ke sebuah kota di Yudea
untuk melawat sepupunya yang sedang hamil secara ajaib.
Elisabet!
Maria,
sepupuku!
Kaulah wanita yang paling diberkati.
Diberkatilah buah rahimmu.
Ketika ku dengar salammu,
anak dalam rahimku,
melonjak kegirangan.
Jiwaku memuliakan Tuhanku.
Dan hatiku bergembira kerana Tuhan penyelamatku.
Mulai sekarang, semua orang akan menyebut aku berbahagia.
Sila maklum rakyat Nazaret, menurut titah perintah Kaisar Agustus,
banci akan diadakan bagi kawasan Galilea dan kawasan Yudea.
Semua orang harus mendaftar diri di kampung asal masing-masing.
Maria bersama dengan tunangannya, Yusuf, pergi ke Baitlahim untuk mendaftar.
Tetapi tidak ada tempat bagi mereka di Baitlahim. Satu-satunya penginapan yang masih kosong ialah sebuah kandang.
Pada malam itu, malaikat Tuhan menjelma kepada beberapa orang gembala yang sedang menjaga domba,
dan Kemuliaan Tuhan menyinari mereka.
Pada hari ini di kota Daud, Tuhan Yesus Penyelamatmu telah dilahirkan.
Gembala-gembala itu terus pergi untuk melihat bayi itu.
Merekalah yang mula-mula menyebarkan Berita Baik tentang kelahiran Penyelamat melalui seorang perawan.