Women's Resources4 daripada 6

This film is a perfect introduction to Jesus through the Gospel of Luke. Jesus constantly surprises and confounds people, from His miraculous birth to His rise from the grave. Follow His life through excerpts from the Book of Luke, all the miracles, the teachings, and the passion. God creates everything and loves mankind. But mankind disobeys God. God and mankind are separated, but God loves mankind so much, He arranges redemption for mankind. He sends his Son Jesus to be a perfect sacrifice to make amends for us. Before Jesus arrives, God prepares mankind. Prophets speak of the birth, the life, and the death of Jesus. Jesus attracts attention. He teaches in parables no one really understands, gives sight to the blind, and helps those who no one sees as worth helping. He scares the Jewish leaders, they see him as a threat. So they arrange, through Judas the traitor and their Roman oppressors, for the crucifixion of Jesus. They think the matter is settled. But the women who serve Jesus discover an empty tomb. The disciples panic. When Jesus appears, they doubt He's real. But it's what He proclaimed all along: He is their perfect sacrifice, their Savior, victor over death. He ascends to heaven, telling His followers to tell others about Him and His teachings.

Soalan anda

Ayat Alkitab

Kongsi
Bahan percuma

Ingin memahami Alkitab dengan lebih mendalam?

Sertai pembelajaran Alkitab

Transkrip

Malay (بهاس ملايو)
Tuhan sungguh besar, disanjung tinggi, penuh kuasa, mengatasi segalanya, langit menceritakan kemuliaan-Nya, cakrawala menunjukkan perbuatan-Nya yang menakjubkan. Setiap hari mereka berbicara, Setiap malam mereka membuat Dia dikenali. Pada waktu Tuhan mencipta langit, Ia juga mencipta bumi serta membentuk manusia dari debuh tanah dan menghembuskan nafas kehidupan ke dalam lubang hidungnya. Tuhan yang maha kasih mencipta laki-laki dan perempuan menurut keperibadian-Nya sendiri untuk bersekutu dengan Dia. Dan pada mulanya mereka takut dan menghormati Tuhan serta hidup harmoni dengan-Nya. Amalan ini terus berlangsung sehinggalah pada suatu hari iblis mencubai perempuan itu supaya memakan buah dari pokok larangan dan kemudian memberikan kepada lelaki, yang juga memakannya. Dengan perbuatan itu, mereka memberontak terhadap Tuhan serta memilih jalan mereka sendiri. Sebagai akibat dosa ini, manusia dipisahkan dari Tuhan dan diusir keluar dari Taman Eden. Tetapi Tuhan tetap mengasihi manusia. Tidak pernah dalam niat Tuhan untuk berpisah dengan ciptaan-Nya. Namun, dapatkah dikatakan Tuhan itu kudus dan sumber keadilan sempurna jika Dia tidak menghukum manusia atas dosa yang dilakukan? Dalam Kitab Suci-Nya, Tuhan menyatakan rancangan-Nya untuk menyelamatkan dunia daripada penghakiman-Nya. Orang pertama melihat rancangan tersebut adalah Abraham. Abraham adalah orang benar dan Tuhan telah berjanji untuk memberkati dia serta menjadikan keturunannya bertambah banyak bagaikan pasir di laut dan bintang dilangit. Untuk menguji kesetiaannya, Tuhan meminta Abraham mempersembahkan anak lelakinya sebagai korban persembahan kepada-Nya. Abraham percaya kepada Tuhan dan mentaati-Nya. Tetapi, ketika dia mengangkat pisau untuk membunuh anak lelakinya, malaikat Allah menghalang dia. Dia tahu Abraham takut dan sedia mentaati Tuhan. Kemudian, Abraham melihat seekor domba jantan yang tanduknya tersangkut pada belukar dan mempersembahkannya kepada Tuhan sebagai pengganti anaknya. Dan Tuhan memberitahu Abraham bahawa domba atau binatang yang sejenis dengannya itu disembelih sebagai penutup sementara terhadap dosa sehinggalah Tuhan menyediakan korban sempurna untuk membayar hukuman dosa manusia. Korban tersebut akan memulihkan hubungan manusia dengan Tuhan yang telah terpisah akibat dosa. Kitab Suci telah menyatakan ada Seorang yang akan datang sebagai korban sempurna terhadap dosa-dosa dunia. Seperti domba jantan menggantikan tempat anak Abraham, Orang yang akan datang itu, juga akan menggantikan tempat manusia supaya manusia mendapat pengampunan. Ada yang menyebut Orang ini sebagai Mesias, yang akan datang untuk mendamaikan dunia kepada Tuhan sekali dan selama-lamanya. Nabi-nabi telah menubuatkan banyak perkara dengan lengkap tentang Mesias beratus-ratus tahun sebelum kedatangan-Nya. Nabi Yesaya telah menyatakan kelahiran-Nya sebagai kelahiran yang ajaib. Seorang perawan akan mengandung seorang anak yang akan disebut, dalam pengertian secara rohaniah, Anak Allah. Nabi Mikah menubuatkan bahawa Mesias akan dilahirkan di Betlehem. Sementara nabi Zakaria menyatakan bagaimana Dia masuk ke Yerusalam dengan menaiki seekor keldai. dan pengkhianatan oleh Yudas, salah seorang daripada murid-Nya. Nabi Yesaya menubuatkan apa yang di lakukan oleh Mesias ketika Dia datang: “Yesus yang diurapi akan mengkhabarkan Berita Baik kepada orang miskin, menghibur mereka yang putus asa, mengisytiharkan pembebasan bagi mereka yang ditawan, dan mengumumkan bahawa sudah sampai waktu Tuhan menyelamatkan umat-Nya.” Jadi, Siapakah Mesias itu? Pada abad pertama seorang nabi telah datang yang disebut Yesus. Beberapa orang berpendapat bahawa Dialah nabi yang dikatakan. Mungkinkah? Apakah hidup-Nya memenuhi syarat seperti yang dinubuatkan tentang Dia? Apakah Yesus lebih daripada seorang nabi? Kisah seterusnya adalah tentang Yesus, berdasarkan laporan dari mereka yang melihat sendiri peristiwa itu seperti yang dicatat dalam Kitab Suci. Seorang pelakon melakonkan watak Yesus, walaupun tidak seorangpun layak melakonkan peranan tersebut. Hal ini dilakukan agar kita boleh mengerti serta mendapat manfaat daripada kehidupan Yesus. Aku menulis kepada kamu, Teofilus yang dikasihi, satu laporan yang tersusun mengenai apa yang telah berlaku di antara kami, supaya kamu dapat mengetahui kebenaran segala sesuatu. Pada zaman Kaisar Agustus, dan semasa Herodes bertakhta di Yudea, Tuhan mengutus malaikat Jibrail untuk mengunjungi seorang perawan di kota Nazaret. Namanya, Maria. Jangan takut Maria, sebab Tuhan berkenan dengan mu. Kamu akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki, dan hendaklah kamu menamakan-Nya, Yesus. Bagaimana mungkin terjadi? Aku masih perawan. Roh Tuhan akan menyertaimu. Sebab itu, Anak Kudus itu akan digelar Anak Tuhan Yang Maha Tinggi. Kerajaan-Nya tidak akan berkesudahan. Maka berangkatlah Maria ke sebuah kota di Yudea untuk melawat sepupunya yang sedang hamil secara ajaib. Elisabet! Maria, sepupuku! Kaulah wanita yang paling diberkati. Diberkatilah buah rahimmu. Ketika ku dengar salammu, anak dalam rahimku, melonjak kegirangan. Jiwaku memuliakan Tuhanku. Dan hatiku bergembira kerana Tuhan penyelamatku. Mulai sekarang, semua orang akan menyebut aku berbahagia. Sila maklum rakyat Nazaret, menurut titah perintah Kaisar Agustus, banci akan diadakan bagi kawasan Galilea dan kawasan Yudea. Semua orang harus mendaftar diri di kampung asal masing-masing. Maria bersama dengan tunangannya, Yusuf, pergi ke Baitlahim untuk mendaftar. Tetapi tidak ada tempat bagi mereka di Baitlahim. Satu-satunya penginapan yang masih kosong ialah sebuah kandang. Pada malam itu, malaikat Tuhan menjelma kepada beberapa orang gembala yang sedang menjaga domba, dan Kemuliaan Tuhan menyinari mereka. Pada hari ini di kota Daud, Tuhan Yesus Penyelamatmu telah dilahirkan. Gembala-gembala itu terus pergi untuk melihat bayi itu. Merekalah yang mula-mula menyebarkan Berita Baik tentang kelahiran Penyelamat melalui seorang perawan. Seminggu kemudian, apabila tiba masanya untuk disunatkan, Bayi itu diberi nama Yesus. Yusuf dan Maria membawa-Nya ke Yerusalem untuk menyerahkan-Nya kepada Tuhan. Di dalam Rumah Tuhan, ada seorang lelaki yang baik dan salih bernama Simeon. Roh Tuhan menyatakan bahawa dia tidak akan mati sebelum dia melihat Kristus. Tuhan, sekarang biarlah hamba-Mu meninggal dengan sejahtera menurut firman-Mu. Sebab aku telah melihat penyelamatan-Mu. Anak ini telah dipilih oleh Tuhan. Tuhan memberkati kamu berdua. Setelah menyelesaikan kewajipan mereka mengikut Hukum Taurat Musa, mereka meninggalkan Yerusalem dan balik ke Nazaret. Bila Yesus berumur dua belas tahun, Yusuf dan Maria membawa-Nya ke Yerusalem untuk merayakan Paskah. Dalam perjalanan pulang, mereka berfikir Yesus ada bersama mereka. Tetapi Yesus masih di Yerusalem. Mereka balik ke Yerusalem untuk mencarinya. Pada hari ketiga, Yesus dijumpai dalam Rumah Tuhan bersama dengan alim ulama. Anak siapa yang tanya soalan seperti ini? Dia dari Nazaret. Kami sangka Dia pulang bersama kami. Sila maafkan Dia. Semua yang mendengar-Nya merasa hairan. Nak, kenapa Kamu lakukan ini kepada kami? Aku dan ayah-Mu risau mencari Kamu. Kenapa ibu mencari Aku? Tidak tahukah ibu, Aku mesti berada dalam rumah Bapa-Ku? Yesus pulang bersama mereka ke Nazaret. Dia bertambah besar dan bijak, serta dikasihi oleh Tuhan dan manusia. Kisah hidup Sebuah dokumentar yang diambil daripada Injil Lukas INSPIRATIONAL FILMS mempersembahkan Yesus Pada tahun kelimabelas pemerintahan Kaisar Tiberius.. ...Pontius Pilatus menjadi Gabenor Yudea.. ...Herodes raja Galilea.. ...Hanas dan Kayafas, imam agung.. Firman Tuhan datang kepada Yahya. Dia pergi ke seluruh kawasan Yordan untuk berkhutbah tentang pertaubatan dan baptisan untuk pengampunan dosa. Tinggalkan dosa-dosamu! dan datang untuk dibaptiskan! Tuhan akan mengampuni dosamu! Seperti yang ada tertulis dalam kitab nabi Yesaya: "Ada suara yang berteriak di padang gurun, Siapkan jalan bagi Tuhan!" Luruskan lorong bagi Tuhan. Setiap lembah ditimbuskan, setiap bukit dan gunung diratakan! Jalan yang berliku-liku diluruskan, dan berlekuk-lekuk diratakan. Dan semua orang akan melihat penyelamatan Tuhan! Apa yang kami harus buat? Ya, apa yang perlu kami buat? Hai kamu ular beludak! Apa yang Tuan mahu kami buat? Ke arah mana perlu kami pergi? Sesiapa yang memiliki dua baju, harus memberi satu kepada yang tiada. Sesiapa yang ada makanan, kongsikanlah. Guru, Kami ini pemungut cukai. Apa kami harus buat? Jangan pungut lebih dari yang sepatutnya. Bagaimana dengan kami? Apa harus kami buat? Jangan memeras wang daripada sesiapa pun. Jangan menuduh orang lain tanpa asas. Berpuaslah dengan upahmu. Beritahu kami... apakah kau Kristus? Aku membaptis kamu dengan air. Tetapi seorang yang lebih penting dari aku akan datang. Membuka tali kasutnya pun aku tidak layak. Dia akan membaptiskan kamu dengan Roh Tuhan dan api. Nyiru ada ditanganNya untuk menampi. Dia akan mengumpulkan gandum ke dalam gudang-Nya. Roh Tuhan turun ke atas Yesus dalam rupa seekor burung merpati. Dan kedengaranlah suara dari syurga, 'Aku berkenan kepadaMu, Anak yang Kukasihi.' Yesus berumur kira-kira tiga puluh tahun apabila Dia memulakan pelayanan-Nya. Dia kembali dari Yordan penuh dengan Roh Tuhan. Roh Tuhan memimpin-Nya ke padang gurun di mana Dia dicubai oleh iblis selama empat puluh hari. Sepanjang masa itu, Dia tidak makan apa-apa. Iblis berkata kepada-Nya: Jika Kau Anak Tuhan, perintahkanlah batu ini menjadi roti. Ada tertulis, Manusia hidup bukan dengan roti sahaja tapi dengan Firman Tuhan. Kemudian Iblis membawa-Nya ke tempat yang tinggi dan dalam sesaat menunjukkan kepada-Nya semua kerajaan dunia ini. Aku akan berikan Kau semua kekuasaan dan kekayaan ini. Semua ini telah diberikan kepadaku dan aku boleh berikannya kepada sesiapa saja. Semua ini akan jadi milik-Mu jika Kau menyembahku. Ada tertulis: 'Engkau harus menyembah Tuhan, dan Dia sajalah engkau layani.' Kemudian, Iblis membawa Yesus ke Yerusalem dan menempatkan-Nya di atas bumbung Rumah Tuhan. Jika kau Anak Tuhan, terjunlah ke bawah. Sebab ada tertulis: 'Tuhan akan memerintahkan malaikat-Nya melindungi Kau' dan mereka akan menatang Kau supaya kaki-Mu tidak terantuk pada batu. Nas Alkitab berkata, 'Jangan engkau mencubai Tuhanmu.' Yesus pergi ke Nazaret, tempat Dia dibesarkan. Apa khabar? Khabar baik. Seperti biasa, Dia ke rumah ibadat pada hari Sabat. Dia diminta membaca petikan dari kitab nabi Yesaya. 'Roh Tuhan ada pada-Aku, Ku dipilih menyampaikan perkhabaran baik kepada yang miskin. Dia utus Aku memberitakan pembebasan pada tawanan dan penglihatan pada yang buta.' 'Membebaskan yang tertindas, Dan mengumumkan bahawa tiba masanya Tuhan menyelamatkan umat-Nya.' Ucapan-Nya baik. Hari ini Nas Alkitab ini digenapi, seperti apa yang kamu dengar. Nas Alkitab digenapi! Tapi, hanya Mesias yang boleh menggenapi janji itu. Bagaimana kami tahu? Tentulah kamu katakan pada-Ku pepatah ini, 'Hai tabib, sembuhkanlah diri-Mu.' Kamu akan berkata, 'Apa yang kami dengar Kau lakukan di Kapernaum, buatlah juga di tempat asal-Mu.' Aku berkata kepadamu! Tiada nabi yang dihargai di tempat asalnya! Perkataan ini membuktikan Yesus sebagai Mesias yang diutus Tuhan untuk menyelamatkan umat-Nya. Tetapi, orang Yahudi tidak menerima-Nya sebagai Mesias. Mereka mahu menolak-Nya ke dalam jurang. Tetapi Dia dapat beredar dari khalayak ramai, dan pergi dari situ. Lalu dia pergi ke Kapernaum, sebuah kota di Galilea. Kesan penjajahan Romawi nyata di mana-mana. Semua rakyat merindukan seorang Mesias untuk membebaskan mereka daripada penindasan. Salam sejahtera. Sama-sama, Tuan. Boleh Aku naik perahumu, Simun? Kenapa tidak? Dia tidak meninggalkan kami, ya kan? Ajarlah kami! Ajarlah kami! Ajarlah kami! Yesus, ajar kami! Ada dua orang pergi ke Rumah Tuhan untuk berdoa, seorang Farisi, dan seorang pemungut cukai. Orang Farisi itu berdiri dan berdoa sendirian: 'Aku bersyukur kepada Tuhan sebab aku tidak tamak, atau menipu atau cabul seperti orang lain. Aku bersyukur, Aku tidak seperti pemungut cukai itu.' 'Aku berpuasa dua kali seminggu, dan memberi sepersepuluh dari pendapatanku.' Tapi, pemungut cukai yang berdiri berjauhan tak berani memandang ke langit. Tetapi memukul dadanya dan berkata, 'Tuhan, kasihanilah aku yang berdosa ini.' Aku berkata padamu, si pemungut cukailah, dan bukan si Farisi dibenarkan oleh Tuhan. Sebab sesiapa meninggikan dirinya akan direndahkan, dan sesiapa merendahkan diri akan ditinggikan. Tolaklah perahu ke air yang lebih dalam. Kemudian labuhkanlah jala untuk menangkap ikan. O Tuan, sepanjang malam kami bekerja, dan tak dapat apa pun. Tapi, kerana Tuan suruh, saya akan lakukan. Yakub! Yahya! Yakub! Yahya! Bawalah perahu ke sini dan tolong kami! Cepat! Tidak boleh; kami juga sibuk! Cukuplah. Cukuplah! Tinggalkan aku, Tuan. Aku orang berdosa. Jangan takut. Mulai sekarang, engkau menjala orang. Datang dan dengarlah Firman-Ku dan engkau akan beroleh hidup... Carilah Tuhan semasa Dia boleh ditemui, panggillah Dia semasa Dia dekat. Baiklah orang jahat meninggalkan kejahatan mereka dan kembali kepada Tuhan. Tuhan akan mengasihinya sebab pengampunan-Nya berlimpah-limpah. Kau akan dipenuhi sukacita dan damai sejahtera. Dia datang! Dia di sini! Lihat! Yesus! Yesus! Tolong selamatkan anak tunggalku! Tuan, kasihanilah ku. Dia hanya dua belas tahun, dia hampir mati. Tolong! Tolong ikutlah ku! Yairus, minta maaf. Yesus! Anakmu telah mati. Jangan menyusahkan Guru lagi. Jangan takut. Percayalah, dan dia akan sembuh. Jangan menangis. Dia bukan mati, dia hanya tidur. Anak, bangun. Berilah dia makanan. Aku katakan, Jangan beritahu apa yang terjadi. Setelah itu, Dia terlihat Matius Lewi, seorang pemungut cukai, sedang bertugas. Ikutlah Aku. Dan Yesus pergi ke sebuah bukit untuk berdoa. Sepanjang malam, Dia berdoa kepada Tuhan. Keesokan harinya Dia menemui ke dua belas pengikut-Nya yang disebut-Nya rasul. Simun, yang disebut Petrus... Dan Andreas, adiknya... Yakub... Yahya... Filipus... Dan Bartolomius... Dan Matius... Dan Tomas... Yakub bin Alpius... Simun, yang disebut Zelot... Dan Yudas, adik Yakub... Dan Yudas Iskariot yang menjadi pengkhianat. Berbahagialah engkau yang miskin, sebab milikmulah Kerajaan Tuhan. Berbahagialah kau yang lapar, sebab kau dikenyangkan. Berbahagialah kau yang menangis, sebab kau akan ketawa. Berbahagialah engkau bila orang membenci, menolak dan mencela engkau... Dan mengatakan engkau jahat kerana Anak manusia. Bergembiralah pada masa itu dan menarilah! Sebab hadiah besar menunggumu di syurga. Sebab nenek-moyang mereka buat yang sama terhadap nabi. ...Tujuh belas.. lapan belas, sembilan belas.. dua puluh. Itu saja aku ada. Apa maksudmu 'Itu saja'? Betapa celaka engkau yang kaya sekarang. Kau telah mendapat kesenanganmu! Dia tidak mahu jadi kaya, Dia memang gila! Betapa celaka kau yang ketawa sekarang, sebab kau akan meratap. Betapa celaka bila orang memuji kau, sebab nenek-moyang mereka juga memuji nabi palsu. Tetapi, Aku berkata kepadamu, kasihilah musuhmu. Buatlah baik pada yang membencimu. Berkatilah mereka yang mengutuk mu. Doakan mereka yang mencacimu. Jika orang menampar pipimu, biar dia menampar yang sebelah lagi. Jika orang merampas jubahmu, berikan juga bajumu. Berilah kepada sesiapa yang minta. Bila orang merampas milikmu, Jangan minta kembali. Perbuatlah, yang engkau ingini orang buat padamu. Jika engkau hanya mengasihi yang mencintai kau, patutkah engkau diberkati? Orang berdosa pun buat demikian. Jika kau berbuat baik hanya kepada mereka yang berbuat baik kepada kau, patutkah engkau diberkati? Orang berdosa pun buat demikian. Kenapa Dia sentuh perempuan itu? Dia bercakap dengannya? Menjijikkan! Tidak. Kasihilah musuhmu. Perbuatlah baik pada mereka. Pinjamkan wang tanpa syarat. Maka kau akan dapat pahala, sebab kau akan jadi Anak Tuhan Yang Maha Tinggi. Sebab Dia baik terhadap yang tak mengenang budi. Bermurah hatilah, seperti Bapamu yang murah hati. Selamatkan kami, Yesus! Jangan menghakimi dan kamu tidak dihakimi! Jangan menghukum, dan kamu tidak dihukum! Ampuni, dan kamu akan diampuni. Pimpinlah kami, Tuhan. Berilah, dan kamu akan diberi ukuran yang kamu pakai menjadi ukuran yang kamu terima. Seorang buta tidak dapat memimpin orang buta yang lain. Sebab keduanya akan jatuh ke dalam lubang. Kenapa bintik di mata saudaramu kau nampak tapi balak di mata sendiri kau tidak nampak? Bimbinglah kami, Guru! Kami perlukan Tuan sekarang! Berbahagialah ibu yang melahirkan dan menyusukan Tuan! Berbahagialah mereka yang mendengar Firman Tuhan, dan melakukannya. Aku ingin mengenal orang ini. Mungkinkah Dia ini Mesias? Farisi ini menjemput Yesus makan di rumahnya. Yesus datang lalu duduk dan makan. Hai kanak-kanak, keluarlah. Dengar tak? Pergi! Mereka ini nakal belaka. Dia buat apa di sini? Aku tidak tahu. Apa yang dia buat? Jika orang ini benar-benar nabi, tentu Dia tahu siapa perempuan ini yang menyentuh-Nya. Dia tentu tahu tentang dosa-dosanya. Aku kenal perempuan ini, Simun. Aku beritahu kau sesuatu. Dua orang berhutang pada peminjam wang. Satu, lima ratus ringgit, satu, lima puluh. Kerana keduanya tidak mampu bayar, Dia hapuskan hutang mereka. Siapa yang lebih mengasihi dia? Aku rasa orang yang berhutang lebih besar itu. Kau betul. Kau lihat perempuan ini? Aku datang ke rumahmu, tapi kau tak sediakan air untuk kaki-Ku, tapi dia mencuci kaki-Ku dengan air matanya dan mengeringkannya dengan rambutnya. Kau tak menyambut Aku dengan ciuman, Tapi dia tak berhenti mencium kaki-Ku. Kau tak sediakan minyak untuk kepala-Ku, Tapi dia menyiramkan kaki-Ku dengan minyak wangi. Aku beritahu kau, Kasihnya menunjukkan dosanya yang banyak itu telah diampuni. Orang yang sedikit diampuni, sedikit juga kasihnya. Dosamu telah diampuni. Iman menyelamatkan engkau. Pergilah. Dari satu tempat ke tempat lain Yesus mengajar tentang kerajaan Tuhan. Dua belas pengikut-Nya dan beberapa perempuan yang disembuhkan-Nya mengikut Dia; iaitu Maria, yang disebut Magdalena, Yohana, suaminya Khuza bekerja di istana Herodes, dan Susana. Tetapi Herodes, Raja Galilea yang dilantik oleh Rom, memenjarakan Yahya Pembaptis sebab dia mengutuk perkahwinannya dengan isteri saudaranya. Jadi... Setibanya kami di ambang pintu Nain, Perarakan jenazah sedang keluar. Si mati itu anak tunggal seorang janda. Yesus menaruh kasihan terhadap janda itu. Dia menjamah keranda itu dan berkata, 'Pemuda, bangkit!' Pemuda itupun bangun. Kemudian Yesus menyerahkannya kepada ibunya. Tanya Dia. katakan, 'Engkaukah yang datang itu seperti yang dikatakan oleh Yahya? Atau, Haruskah kami menunggu lagi?' Tuan! Tuan! Yahya mengutus kami untuk bertanya, Apakah Tuan orang yang datang itu? Haruskah kami menunggu lagi? Beritahu Yahya apa yang kau nampak dan dengar. Yang buta melihat, Yang lumpuh berjalan. Berbahagialah orang yang tidak ragu-ragu tentang Aku. Tolong dukung aku. Atas bahuku. Boleh nampak sekarang? Aku boleh melihat Yesus. Ada seorang menabur benih. Dan ada yang jatuh di pinggir jalan lalu dipijak orang, dan burung-burung di udara memakannya. Ada yang jatuh di tanah berbatu, Setelah benih itu rumbuh, ia cepat layu sebab tidak mendapat air. Ada yang jatuh di antara duri, Tetapi duri itu bertumbuh dan menghimpitnya. Ada yang jatuh di tanah subur. Benih itu membesar dan masing-masing menghasilkan seratus kaliganda. Tuan, kenapa Tuan gunakan perumpamaan di depan orang ramai? Kau diberikan kurnia untuk mengerti rahsia Kerajaan Tuhan. Tapi, kepada orang lain, perumpamaan digunakan supaya mereka memandang tapi tak melihat... Mendengar tapi tak mengerti. Ini maksud perumpamaan itu. Benih itu firman Tuhan. Benih yang jatuh di pinggir jalan adalah orang yang mendengar. Tapi iblis datang dan merampas firman itu dari mereka supaya mereka tidak diselamatkan. Benih yang jatuh di tanah berbatu adalah orang yang menerima firman Tuhan dengan gembira, Tapi mereka tidak berakar. mereka hanya percaya sebentar. Dalam masa percubaan mereka murtad. Benih yang jatuh di antara duri adalah orang yang mendengar. Tetapi kekuatiran, kekayaan, keseronokan hidup menghimpit mereka. Dan buah tidak pernah matang. Benih yang jatuh di tanah subur, Adalah orang yang mendengar firman Tuhan dan setia melakukannya. Mereka bertahan sehingga berbuah. Tiada orang memasang pelita lalu menutupnya dengan tempayan. Pelita diletak atas kakinya... Supaya orang yang masuk boleh lihat cahayanya. Apa yang tersembunyi akan didedahkan... dan apa yang dirahsiakan akan diketahui dan diumumkan. Berhati-hatilah bagaimana kau mendengar. Kerana orang yang mempunyai, lebih banyak akan diberi. Bagi orang yang tidak mempunyai, bahkan apa yang dianggap ada padanya akan dirampas. Guru, Ibu dan saudara-saudara Mu ada di luar. Mereka mahu jumpa Guru. Ibu dan saudara-Ku ialah orang yang mendengar firman Tuhan, dan mematuhinya. Pada suatu hari Yesus naik perahu bersama pengikut-Nya. Dia berkata, "Marilah kita pergi ke seberang tasik." Sedang mereka belayar, Yesus tertidur. Tuan! Tuan! Yesus! Kami hampir mati! Gelombang mengancam kami. Kami akan tenggelam! Selamatkan kami, Tuan! Kami akan diselamatkan! Di manakah imanmu? Mereka terus belayar ke Garasa yang berada di seberang tasik. Yesus, Anak Tuhan yang maha tinggi, Apakah Tuhan mahu? Aku pinta, Jangan siksa ku. Siapa namamu? Legion. Yesus, kami pinta. Jangan, Hantar kami ke jurang maut. Biar kami, Masuki Babi-babi Hei! Balik! Berhenti! Berhenti! Roh-roh jahat itu keluar lalu masuk ke dalam babi. Pergi dari sini! Kau ahli sihir! Pergi! Pergilah dari sini! Pergi! Tinggalkan kami! Saya mahu ikut Tuan ke mana saja. Izinkan, saya ikut. Pulanglah... sebarkan apa yang Tuhan lakukan. Kemudian Yesus dan pengikut-Nya pergi ke Baitsaidah. Tetapi orang ramai mengetahuinya dan mengikuti Yesus. Waktu hampir senja, Petrus berkata: Guru, Suruhlah mereka pulang. Supaya mereka boleh pergi ke kampung-kampung yang berdekatan untuk mencari makanan dan juga tempat tinggal. Kau sendirilah memberi mereka makan. Kami hanya ada lima roti dan dua ikan. Mulia lang kau, Ya Tuhan kami, Raja semesta alam, yang menghasilkan roti dari bumi. Ini mukjizat! Menakjubkan! Siapa Aku menurut orang ramai? Ada yang kata Kau Yahya Pembaptis, Ada yang kata, Kau Elia, Yang lain pula kata kau salah seorang nabi dulu, Yang telah hidup semula. Menurut engkau, Siapakah Aku ini? Engkaulah Mesias! Jangan beritahu sesiapa hal ini. Anak Tuhan mesti menderita dan ditolak. Dia akan dibunuh, tapi tiga hari kemudian dia akan bangkit Adakah di antara kamu ikut Aku? Aku mahu ikut Tuan. Tapi, izinkan aku balik dan ucapkan selamat tinggal kepada keluargaku. Sesiapa menoleh ke belakang bila membajak, tidak layak untuk Kerajaan Tuhan. Sesiapa mahu ikut Aku mesti menyangkal dirinya... Dan mengangkat salibnya setiap hari dan ikut Aku. Siapa menyelamatkan nyawanya, akan kehilangan. Siapa kehilangan nyawanya kerana Aku, akan menyelamatkannya. Apakah gunanya jika seorang memiliki seluruh dunia tetapi jiwa binasa. Jika seseorang malu kerana Aku dan pengajaran-Ku, Anak Manusia juga malu menghapunya bila Dia datang dalam kemuliaannya Dan kemuliaan Bapa dan malaikat Tuhan. Yakinlah, Ada di antara kamu tidak mati sebelum melihat kerajaan Tuhan. Yesus membawa Yahya, Yakub dan Petrus ke atas sebuah bukit untuk berdoa. Sedang Yesus berdoa, rupa-Nya berubah dan pakaian-Nya menjadi putih berseri-seri. Tiba-tiba, dua orang sedang bercakap dengan-Nya. Mereka adalah Musa dan Elia, yang menjelma dalam kemuliaan. Engkau akan menggenapi tujuan Tuhan. Engkau akan mati di Yerusalem. Ketika mereka meninggalkan Yesus, Petrus berkata kepada-Nya: Tuan, sungguh bagus kami di sini. Kami akan bina tiga khemah; satu untuk Kau, Sedang Petrus bercakap, awan datang dan meliputi mereka. Pengikut-Nya merasa takut. Suara dari awan berkata, "Inilah Anak-Ku yang Ku pilih. Dengarlah kepada-Nya". Guru! Guru! Tolong tengok anakku. Tolong, tolonglah dia, Sebab dia anak tunggalku. Aku telah minta murid-Mu mengusirnya tapi mereka gagal. Hai generasi yang sesat dan tak beriman. Berapa lamakah harus Aku bersama kamu? Bawalah anakmu. Mukanya juga sudah sembuh! Sungguh ajaib! Ajarlah kami berdoa, seperti Yahya mengajar muridnya. Bila kamu berdoa, katakan, "Bapa kami yang di syurga, Kuduskanlah nama-Mu. Datanglah Kerajaan-Mu, Jadilah kehendak-Mu di syurga dan di bumi. Berilah kami makanan yang secukupnya Ampunkanlah dosa kami, Sebab kami pun mengampuni orang lain. Jangan biarkan kami dicubai, Selamatkan kami dari kejahatan." Mintalah, dan kamu akan terima; Carilah, dan kau akan dapat; Ketuklah, dan pintu akan dibuka bagimu. Sebab, yang meminta akan menerima, Yang mencari akan mendapat, Yang mengetuk, pintu akan dibuka baginya. Mungkinkah seorang bapa akan memberi anak-nya ular jika dia meminta ikan, Atau kala jengking bila dia meminta telur? Sejahat-jahatnya kamu, namun kamu tahu memberi yang baik kepada anakmu. Apatah lagi Bapa di syurga akan memberi Roh Tuhan kepada mereka yang memintaNya? Aku beritahu engkau, Jangan khuatir tentang hidupmu dan apa yang hendak kau makan, dan apa yang hendak engkau pakai. Sebab hidup lebih penting daripada makanan, dan tubuh lebih penting daripada pakaian. Perhatikanlah burung gagak: yang tak menanam atau menuai, tidak ada gudang atau bangsal, Namun Tuhan memeliharanya. Bukankah nilaimu lebih tinggi lagi daripada burung? Siapakah dengan kekhuatiran, dapat melanjutkan umurnya? Jika kau tak dapat buat hal kecil ini, kenapa kau bimbang tentang hal lain? Perhatikan bunga bakung, bagaimana ia tumbuh. Ia tak bekerja atau menenun, Namun Sulaiman dalam kekayaannya pun tidak berpakaian seindah bunga ini. Jika Tuhan mendandani rumput yang hidup hari ini dan dibakar esok, Betapa lagi Dia akan mendandani kamu, Hai orang yang kurang iman. Kuatkonlah iman kami. Jika imanmu sebesar biji sawi, kau boleh katakan Pada pohon ara ini, "Cabutlah dan tanamlah dirimu di dalam laut." Ia pasti taat. Pencubaan untuk berbuat dosa pasti datang, Tapi celakalah si pencuba. Lebih baik lehernya diikatkan batu dan dia dibuang ke dalam laut, daripada dia menyesatkan orang yang lemah ini. Seperti apakah Kerajaan Tuhan? Ia semacam ini: seorang mengambil dan menanam biji sawi dalam kebunnya. Biji itu tumbuh dan jadi pohon, Lalu burung membuat sarang di atas cabangnya. Aku tidak pasti apa yang Dia katakan. Kenapa engkau makan dan minum bersama pemungut cukai dan orang hina? Orang yang sihat tidak memerlukan doktor, hanya yang sakit saja. Aku datang bukan untuk memanggil orang benar bertaubat, tapi orang berdosa. Ulangi lagi tentang kerajaan-Mu. Ada lagikah hal lain? Janganlah kamu semua takut sebab Bapa mu berkenan memberikan Kerajaan-Nya padamu. Juallah semua milikmu dan berikannya kepada orang miskin. Sediakan dompet yang tidak bocor dan simpanlah hartamu di syurga, di mana tidak akan berkurang. Sebab tiada pencuri dapat mengambilnya, Dan gegat tak boleh merosakkannya. Di mana hartamu berada, di situlah hatimu. Hai wanita, Sembuhlah kau daripada penyakitmu. Lihat! Dia telah sembuh! Ini mukjizat! Dia telah sembuh! Marilah lihat! Pujilah, Tuhan! Lapan belas tahun. Tuhan pelihara kau, Guru! Ada enam hari untuk kita bekerja. Jadi, sembuhkanlah pada hari tersebut, tapi jangan pada hari Sabat. Engkau munafik! Adakah di antara kamu melepaskan lembu atau keldai dan memberikannya minum pada hari Sabat? Di sini, seorang keturunan Abraham telah diikat Iblis selama lapan belas tahun. Tak patutkah dia dibebaskan pada hari Sabat? Guru yang baik, apa yang harus aku buat untuk beroleh hidup yang kekal? Kenapa kamu kata Aku baik? Tiada yang baik kecuali Tuhan. Kau tau Hukum Taurat: "Jangan berzina," "Jangan membunuh, Jangan menjadi saksi dusta." "Dan hormatilah ibu-bapa mu." Sejak aku muda lagi, aku telah menurut semua hukum ini. Satu lagi yang harus kau buat. Juallah hartamu dan berikan wang itu kepada orang miskin. Dan kau mempunyai harta di syurga. Kemudian, ikutlah Aku. Tapi kami ini saudagar; Berharta. Alangkah susahnya orang kaya masuk Kerajaan Tuhan! Lebih susah orang kaya memasuki Kerajaan Tuhan daripada unta menembusi lubang jarum. Siapa boleh diselamatkan? Apa yang mustahil bagi manusia, mungkin bagi Tuhan. Di manakah sebenarnya ini, Kerajaan Tuhan? Kerajaan Tuhan tidak datang dengan cara yang dapat dilihat. Orang tidak dapat berkata, "Lihat, Sini," atau "di situ ia." Sebab Kerajaan Tuhan ada di dalam mu. Akan datang waktunya kamu ingin lihat salah satu dari hari Anak Manusia, Tapi, kamu tak akan melihat, Seperti kilat menerangi langit dari hujung ke hujung, demikianlah juga Anak Manusia pada hari itu, Tapi, Dia harus menderita dulu dan ditolak oleh orang zaman ini. Langit dan bumi lebih mudah lenyap daripada setitik pun dari Hukum Taurat dibatalkan, Aku berkata padamu, nabi dan raja ingin melihat apa yang kau lihat. Dan mendengar yang kau dengar, tapi tidak dapat. Apa harus kami buat? Apa yang dikatakan oleh Alkitab? Bagaimana engkau menafsirkannya? Kasihilah Tuhanmu dengan, segenap hatimu, segenap jiwamu, segenap kekuatanmu, dan akal budimu. Dan kasihi jiranmu seperti diri sendiri. Engkau betul. Buatlah ini dan engkau akan hidup. Siapakah jiranku? Bukan askar-askar itu. Bagaimana dengan Kaisar? Ada seorang turun dari Yerusalem dan pergi ke Yeriko, diserang oleh perompak, Ia dirampas, dipukul hingga separuh mati. Kebetulan ada seorang imam yang lalu di situ, Dan melihat orang itu, tapi ia meninggal orang itu begitu saja. Demikian juga seorang Lewi. Dia datang melihat orang itu, tapi hanya melihat lalu meninggalkan orang itu. Tetapi seorang Samaria yang kebetulan lalu di jalan itu. Bila dilihatnya, hatinya dipenuhi oleh belas kasihan. Dia mendekatinya lalu membalut lukanya. Dia menaikkan orang itu ke atas keldainya dan membawanya ke rumah tumpangan. Keesokan harinya, dia memberikan dua keping wang perak kepada tuan rumah tumpangan itu dan berkata, "Rawatlah dia. Apabila saya kembali, saya akan membayar wang yang selebihnya." Siapakah di antara ketiga orang ini yang bertindak sebagai jiran terhadap orang yang telah dirompak itu? Yang menunjukkan belas kasihan. Kau buatlah demikian. Ya! Biarlah kanak-kanak datang kepada-Ku dan jangan halang mereka, Sebab orang semacam inilah akan menikmati Kerajaan Tuhan. Sesiapa tidak menyambut Kerajaan Tuhan seperti anak ini, tak kan memasukinya. Sesiapa menyambut anak ini demi nama-Ku menyambut Ku, sesiapa menyambut Aku menyambut Tuhan yang mengutus Aku. Sebab dia yang terkecil di antara kamu adalah yang terpenting. Hai, apa sedang berlaku? Yesus dari Nazaret sedang lalu di sini. Yesus! Yesus! Anak Daud, Kasihanilah aku! Apa yang kau ingin Ku lakukan? Aku ingin melihat semula. Lihatlah. Imanmu menyembuh engkau. Aku boleh lihat! Aku boleh lihat! Aku boleh lihat! Semasa Yesus menuju ke Yerusalem, ramai orang menemui-Nya. Mereka meminta Yesus menunjukkan jalan untuk memperoleh penyelamatan dan mengajar mereka tentang Kerajaan Tuhan. Orang ini benar-benar nabi. Tuan dan Guruku, selamatkan ku! Ya Tuan, selamatkan kami! Puji Tuhan! Tunjukkan kami jalan yang benar, Tuan! Orang ramai mula menerima-Nya sebagai Tuan. Di Yeriko ada seorang pemungut cukai bernama Zakheus. Oleh sebab dia ingin sekali melihat Yesus, dia memanjat pokok. Dia itu pemungut cukai. Zakheus, cepat turun, Hari ini aku mau singgah di rumahmu. Rumahku? Siapa sanggup singgah di rumahnya? Bagaimana Zakheus kenal Yesus? Dengar, Aku berikan, separuh hartaku kepada, orang miskin, Sesiapa, yang kutipu. Aku bayar balik empat kali ganda. Aku tidak percaya, pemungut cukai membayar balik cukainya! Mustahil. Hari ini penyelamatan datang ke rumah ini! Orang inipun juga keturunan Ibrahim! Anak Manusia datang mencari dan menyelamatkan yang sesat. Dengar. Kita akan pergi ke Yerusalem, Di mana semua yang tertulis nabi akan dipenuhi. Dia akan diserahkan kepada bangsa asing: dia diolok, dia dipermalukan dan diludahi, dipukul dan dibunuh. Tapi, pada hari ketiga, Dia akan bangkit semula. Walaupun Yesus tahu Dia akan dibunuh kerana dosa manusia, Dia tetap pergi ke Yerusalem. Ramai orang bersukacita dengan kedatangannya dan mengisytiharkan dia sebagai Raja. Guru, perintahkan murid-Mu supaya diam. Aku berkata padamu, jika mereka diam, batu-batu ini mulai berteriak. Mulialah Engkau! Apabila Yesus menghampiri dan terlihat Yerusalem, Yesus pun menangisinya. Jikalau, pada hari mu engkau tahu jalan kedamaian, tapi kau gagal melihatnya. Waktu akan tiba bila musuhmu, membina kubu dan mengepung engkau dan menghimpit dari setiap penjuru. Dan, di tembok ini, mereka menghancur engkau. Engkau dan anakmu, Dan tiada satu batupun dibiarkan di atas batu yang lain, sebab engkau tidak sedar Tuhan melawat engkau. Rumah Tuhan di Yerusalem sudah menjadi pusat membeli-belah dan bukan lagi tempat menyembah. Lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, sebelas, dua belas... Ada tertulis, "Rumah-Ku rumah tempat berdoa," Tapi kau jadikannya sarang penyamun. Dia menuju ke arah binatangku. Halang dia! Halang dia! Panggil pengawal! Panggil pengawal! Penentangan daripada golongan pemimpin politik dan agama bertambah hebat sebab orang ramai mengisytiharkan Yesus sebagai Raja. Aku tahu ramai orang menerima-Nya sebagai Raja. Raja? Raja pengemis dan pelacur. Kami pernah lihat orang seperti-Nya. Mereka datang, Mereka mengaku, Mereka pergi, Dan dilupakan. Jangan kamu buta. Pengikut-Nya semakin bertambah. Orang ramai menghormati-Nya. ...dan fikir Dia Raja. Aku memberi amaran kepada kamu. Jika orang ini mengancam keamanan lagi, Aku akan cari kamu. Mungkin dia betul. Sudah tiba masanya Kita bertindak. Semasa kumpulan munafik di kalangan guru Taurat dan Farisi semakin ditentang oleh Yesus, Pengikut-Nya dari kalangan Yahudi bertambah. Begitu juga penentangan daripada mereka yang dikeji-Nya. Semasa di Rumah Tuhan, Yesus nampak seorang janda miskin mempersembahkan dua keping matawang kecil. Tak bolehkah kau beri lebih banyak lagi? Sesungguhnya, Janda ini menderma lebih daripada yang lain. Sebab orang lain menderma daripada kekayaan yang berlebihan. Tapi janda ini walaupun miskin, menderma semua miliknya. Beritahu kami: Apa kuasa-Mu mengatakan semua ini? Siapa beri kuasa seperti itu? Aku bertanya padamu, Siapa memberi Yahya hak membaptis, Tuhan atau manusia? Apa harus kita jawab? Jika kita katakan dari Tuhan, Dia akan katakan, 'Kenapa kau tak percaya Yahya?' Jika kita jawab 'manusia', orang ramai akan merejam kita dengan batu. Mereka semua yakin Yahya itu seorang Nabi. Kami tidak tahu datang dari siapa. Aku juga tidak memberitahu dari siapa kuasa ini. Ada seorang yang mempunyai kebun anggur, Dia menyewakan pada seseorang, Dan tinggalkan rumahnya. Apabila anggur itu sudah masa Dia menghantar hambanya pada penyewa, Untuk mengambil bahagiannya dari mereka. Tapi penyewa itu memukul dan menyuruh dia balik tanpa apapun. Maka, dia mengutus hamba lain... Tapi ia juga dipukul oleh penyewa itu dan disuruhnya pulang tanpa apapun. Lalu, dia mengutus hamba yang ketiga. Tapi ia juga dipukul dan dibuang ke luar. Maka tuan itu berkata, "Apa yang harus ku buat? Aku akan mengutus anakku sendiri." "Tentu mereka akan hormatinya." Tetapi bila penyewa nampak dia datang, mereka berbincang, "Dia ini anaknya sendiri, Mari kita bunuh dia dan hartanya jadi milik kita." Teruskan lagi! Lalu mereka membuangnya dia di luar, dan membunuhnya. Apa yang akan dilakukan oleh tuan kebun anggur itu Dia datang dan membunuh mereka dan menyerahkan kebun pada penyewa lain. Apakah makna petikan ini? "Batu yang dianggap tidak berguna dan dibuang oleh tukang, Ternyata lebih penting dari yang lain." Setiap orang yang jatuh di atas batu itu akan hancur. Dan jika batu itu jatuh ke atas seseorang, ia akan meremukkannya. Guru, Kamu tahu apa yang Kau ajar itu benar, kami sedar Kau tak pandang pangkat seseorang, tapi Kau, mengajar kami tentang kehendak Tuhan. Beritahu kami, Adakah salah menurut hukum kita membayar cukai kepada Kaisar? Atau tidak? Berhati-hati Tuan, dia cuba menguji Kau. Tunjukkan pada-Ku duit perak. Muka dan nama siapakah terukir di sini? Kaisar! Maka, berilah kepada Kaisar, Apa yang milik Kaisar, Dan kepada Tuhan, Semua yang milik Tuhan. Apakah jawapan mu terhadap itu? Maka tibalah Hari Raya Roti Tidak Beragi, yang dinamakan Paskah. Dan Yesus menyuruh Petrus dan Yahya menyediakan perjamuan Paskah. Aku rindu makan perjamuan Paskah ini bersama kamu sebelum Aku menderita. Aku beritahu, Aku tidak memakannya sehinggalah maksud perjamuan ini digenapi dalam Kerajaan Tuhan. Kuduslah Engkau, Ya Tuhan, Raja semesta Alam, Yang menyebabkan pokok berbuah. Ambillah ini dan bahagikannya. Aku berkata kepadamu, Aku tidak meminumnya sehingga Tuhan mendirikan Kerajaan-Nya. Kuduslah Engkau, Ya Tuhan kami, Raja semesta Alam, Yang menghasilkan roti dari bumi. Inilah tubuh-Ku yang diberikan untuk mu. Buatlah ini untuk memperingati Aku. Cawan ini perjanjian baru yang dimeteraikan dengan darah-Ku yang tercurah untukmu. Tapi, lihat, tangan orang yang mengkhianati aku berada di sini juga. Anak Manusia harus mati seperti yang ditentukan Tuhan tetapi celakalah si pengkhianat itu. Tidak mungkin. Tidak mungkin. Mustahil! Siapakah pengkhianat itu, Tuan? Yang terbesar di antara kamu menjadi yang termuda. Dan pemimpin mesti menjadi seperti hamba. Siapakah yang lebih besar? Yang duduk untuk makan atau yang melayani? Tentulah orang yang duduk. Tapi, Aku berada di antara kau sebagai pelayan. Kamu telah bersama Aku selama ujian yang Aku hadapi. Sebagai mana Bapa-Ku telah memberi Aku kuasa untuk memerintah, Aku juga akan memberi kamu hak ini. Kau akan bersama-sama Aku dalam kerajaan-Ku. Kamu akan duduk di atas takhta memerintah dua belas suku Israel. Maka itu tiada pengkhianat. Simun, Simun, dengarlah Iblis ingin menguji kamu semua, seperti seorang peladang memisahkan gandum daripada sekamnya. Tapi Aku berdoa untukmu Simun, agar imanmu teguh. Apabila kau kembali pada-Ku, kuatkanlah saudara mu. Tuan, Aku bersedia dipenjarakan bersama-Mu, Dan mati bersama-Mu. Aku beritahu engkau, Petrus, Sebelum ayam berkokok hari ini, engkau sudah menyangkal Aku tiga kali. Bila Aku mengutus kamu tanpa dompet atau kasut, adakah kamu kekurangan? Tidak. Langsung tiada. Tapi, sekarang: siapa yang ada dompet mesti membawanya. Dan siapa yang tiada pedang; menjual jubahnya dan membeli satu. Aku beritahu kamu, Ada tertulis dalam Kitab Suci, "Dia dianggap sebagai penjahat." Dan apa yang tertulis tentang Aku sedang digenapi. Lihat, Di sini ada dua pedang, Tuan. Itu cukup. Majlis ketua imam bermesyuarat untuk mencari jalan membunuh Yesus. Lalu Iblis merasuk Yudas Iskariot, salah seorang daripada dua belas pengikut Yesus, Yudas bersubahat dengan ketua imam untuk memerangkap Yesus. Yesus pergi ke Bukit Zaitun untuk berdoa. Berdoalah agar kamu tidak jatuh dalam pencubaan. Yudas Iskariot mengkhianati Yesus hanya kerana tiga puluh keping wang perak. Yesus tahu bahawa masa kematian-Nya semakin dekat dan Dia berdoa. Bapa, Jika Engkau mahu, Jauhkan cawan ini dari-Ku. Tapi, janganlah kehendak-Ku. Melainkan jadilah kehendak-Mu. Seorang malaikat menjelma kepada Yesus dan menguatkan Dia. Peluh-Nya menitis ke tanah seperti darah. Kenapa kau tertidur? Bangunlah, berdoalah agar kamu tak jatuh dalam pencubaan. Yudas. Dengan ciumankah kau mengkhianati Anak Manusia? Tuan, boleh kami serang dengan pedang? Mari, tangkap Dia. Sudahlah tu! Mukjizat! Perlukah kau datang dengan pedang, seolah-olah aku ini penjahat? Tiap hari Aku berada bersama kamu di Rumah Tuhan, tapi kamu tak menangkap Ku. Tapi inilah waktu kamu bertindak, Bila kuasa kegelapan memerintah. Tangkap Dia! Kawal Dia baik-baik. Askar memperolok-olokkan Yesus sebagai Raja orang Yahudi. Ini jubah yang dipakai oleh raja. Beritahu kami apa akan berlaku. Adakah Engkau akan menyelamatkan kami, Tuanku? Orang ini pun bersama Yesus. Puan aku tidak kenal dia pun. Aku nampak mereka bersama. Hamba-hamba-Mu. Macam mana rasanya hormati orang lain? Kau juga seorang dari mereka. Tidak, bukan aku. Orang ini pasti bersama dengan Yesus, sebab dia juga seorang Galilea. Pergi dari sini. Aku tidak faham apa yang sedang kau cakapkan. Yesus berpaling dan memandang Petrus. Petrus mengingati perkataan Yesus, "Sebelum ayam berkokok hari ini, engkau telah menyangkal Aku tiga kali." Tuan, kami merayu agar. Tuan buatlah apa yang Tuan ingin mengikut kekuasaan Mu. Tuan, yang mengampuni nenek-moyang kita bila mereka bersalah. Walaupun Tuan marah terhadap mereka, Tuan tidak memusnahkan mereka juga. Kerana kasih Tuan terhadap mereka dan perjanjian dan kesetiaan-Mu, Tuan melepaskan mereka dari hukuman. Siapa pukul kau? Tekalah siapa akan pukul kau. Henti! Hentikanlah! Bawa Dia menghadap majlis. Pergi! Majlis agama ketua imam berkumpul untuk menyoal Yesus. Beritahu kami. Adakah kau Mesias? Jika Aku beritahu, kamu tidak akan percaya. Dan jika aku bertanya pun kamu tidak akan menjawab. Tetapi mulai sekarang, Anak Manusia akan duduk di sebelah kanan Tuhan Yang Maha Tinggi. Adakah Kau ini Anak Tuhan? Engkau yang mengatakan-nya. Siapa beri Dia kuasa untuk mengatakan ini? Bersalah! Kita semua telah dengar apa yang Dia kata. Kami akan bawa Dia kepada Pilatus Ya, ya, bawalah Dia! Jalan! Mereka membawa Yesus menghadap Pilatus, Gabenor Rom yang paling ganas. yang telah menyalibkan beribu-ribu orang. Dan apa yang kamu mahu pagi-pagi begini? Kami dapati Dia ini menyesatkan orang kita. Dia menyebabkan kekacauan di Rumah Tuhan. Apakah hukuman-Nya? Hukum Dia! Aku dapati orang ini tidak bersalah. Kami dapati dia bersalah Dia menghasut orang supaya jangan membayar cukai mengaku diri-Nya Mesias, Raja. Raja? Kau Raja orang Yahudi? Seperti Katamu. Dia bermula dari Galilea dan sekarang tiba di sini. Di Galilea? Dia orang Galileakah? Jika demikian, biarlah Herodes menghakimi-Nya. Dia masih di Yerusalem, kan? Bawa dia ke Herodes! Siapakah kau ini? Siapa yang kau sebut pengikut-Mu? Ramai orang katakan Kau boleh melakukan mukjizat. Tunjukkan pada aku. Tuanku, Dia menyesatkan semua orang. Dia memanggil diri-Nya Raja. Orang ini? Raja? Daulat Tuanku. Pukul Dia baik-baik. Bawa Dia kepada Pilatus. Ini daerahnya. Dia tidak buat sesuatu yang setimpal hukuman mati, Jadi, dia hanya dicambuk dan dibebaskan. Kau wajib melepaskan seorang tahanan untuk perayaan ini. Lepaskanlah, Barabas. Ya. Barabas. Dan bunuhlah orang ini. Bebaskanlah Barabas. Salibkan Dia. Ya, salibkan Dia. Kau, kau, cambukkan Dia. Apa lagi yang Engkau tunggu, Pilatus? Dia Yesus! Kenapa kau menyiksa Dia begini? Tinggalkan Dia. Dia itu Mesias! Dia tak buat apa-apa. Angkat Dia! Tetapi mereka terus menjerit-jerit supaya Yesus disalibkan. Maka Pilatus menjatuhkan hukuman mati ke atas Yesus dan melepaskan Barabas, seorang pemberontak dan pembunuh, lalu menyerahkan Yesus kepada mereka untuk disalibkan. Undur! Undur ke belakang! Undur! Pergi dari sini! Jangan dekat Dia. Undur! Undur! Pergi dari sini! Lapangkan tempat ini! Keluar! Kau, ke tepi Jalan bila ku suruh! Berdiri! Berdiri! Kau, Siapa namamu? Simun dari Kirene, Tuan! Mari ke sini! Kau, angkatnya. Cepat, jalan. Undur Undur. Tinggalkan dia Jalan, pergi dari sini. Undur Undur ke belakang! Undur ke belakang! Kami menangisi Tuan, Minumlah ini, minum. Minumlah, Tuan. Hai perempuan Yerusalem, Jangan menangisi Aku. Tapi, tangisilah diri Sendiri dan anak-anakmu. Sebab jika perkara begini terjadi ketika kayu masih hijau, Apa akan terjadi ketika ia kering? Tuhan tolong Tuan. Tuhan akan bantu kamu. Jalan! Ikut sini! Cepat, Cepat, Cepat! Kau pergilah! Jalan, ikut mereka, cepat! Sekarang bergerak! Jalan! Cepat, Kau, pergi ke depan! Cepat! Teruskan lagi! Bangunkan. Kau, ketukkan pasak itu! Longgarkan tali. Ampunilah mereka, Bapa, Mereka tidak tahu apa yang mereka buat. Dia telah menyelamatkan orang lain. Biarlah Dia menyelamatkan diri-Nya. Ya, selamatkan diri-Mu jika Kau Mesias! Turunlah dari salib itu. Tunjukkanlah kami mukjizat-Mu! Dan Yesus disalibkan di antara dua orang penjahat. Ini memenuhi nubuat nabi-nabi beratus-ratus tahun dahulu. Ini bukan jubah biasa.. Ini jubah ajaib. Hai! lepaskan! Jangan koyakkan! Begini, Mari kita main untuk mendapatkannya. Ah, kau yang bertuah! Kau mahu buat apa dengannya? Papan tanda di atas kepala Yesus tertulis: "Inilah Raja orang Yahudi". Selamatkan diri-Mu jika Kau Raja orang Yahudi. Adakah Kau Mesias? Selamatkan diri-Mu dan.. dan kami. Kau tidak takut Tuhan? Dia menerima hukuman yang sama seperti kamu, Tapi dia tidak bersalah. Ingatlah aku, Yesus, apabila Kau balik sebagai Raja. Aku berjanji padamu. Hari ini kau akan bersama-Ku, di firdaus. Ketika itu hampir tengah hari, lalu kegelapan meliputi seluruh negeri itu selama 3 jam. Tirai yang tergantung di dalam Rumah Tuhan terbelah dua dari atas ke bawah. Bapa, Ke dalam tangan-Mu, Ku serahkan, Roh-Ku. Apabila ketua askar melihat apa yang terjadi, dia memuji Tuhan: Terpujilah Tuhan! Pasti Dia ini orang benar. Yusuf dari Arimathea, seorang ahli majlis agama yang salih meminta kebenaran daripada Pilatus untuk menempatkan mayat Yesus di dalam kubur, sebab hari Sabat hampir tiba. Ampunilah kami. Kami mengikut mayat Tuan kami. Semua dijemput. Tapi mari.. Hari sabat hampir tiba. Pada hari Ahad, pagi-pagi lagi, mereka membawa rempah-rempah ke kubur. Mereka mendapati batu itu telah digulingkan, dan mayat Yesus tidak ditemui. Kenapa kamu mencari Dia yang hidup di antara yang mati? Dia telah bangkit! Ingatlah apa yang telah dikatakan-Nya kepada kamu ketika Dia masih berada di Galilea. Anak manusia akan diserahkan kepada orang berdosa bersalibkan dan pada hari ketiga bangkit semula. Dengar! Batu telah digulingkan! kami masuk, Dan mayat Tuan sudah Hilang. Apa? Mayat Tuan hilang? Dan, Kami lihat dua orang menjelma; Malaikat, bersinar, Seperti matahari, Mereka berkata: "Kenapa engkau mencari Dia yang hidup di antara yang mati?" Ini benar. Percaya pada kami. Percaya pada kami. Pergi dan tengoklah sendiri. Kubur tu kosong! Tuan kita telah hilang! Petrus, percayalah pada kami! Yesus menjelma kepada dua daripada pengikut-Nya. Mereka balik dengan bangganya. Tuan benar-benar bangkit! Dia telah menjelma kepada Simun. Kami tidak mengenali Dia, ketika di jalan. Tapi bila Dia memecah roti, kami kenal Dia. Di Emaus. Hairan ya, Dia ke sana. Salam sejahtera. Kenapa kamu terkejut? Kenapa keragu-raguan ada dalam fikiranmu? Lihatlah, Tangan-Ku dan kaki-Ku, Dan lihatlah Aku sendirilah ini, Peganglah Aku supaya kamu tahu. Sebab roh tidak ada daging dan tulang seperti yang kamu lihat ini. Inilah yang telah Ku beritahu pada mu ketika Aku masih bersamamu. ...Apa yang tertulis tentang Aku di dalam Hukum Musa dan Surat-Surat Nabi dan Mazmur harus digenapkan. Inilah yang tertulis, Mesias mesti menderita, Dan bangkit pada hari yang ketiga.. ..Dan di dalam nama-Nya, Berita tentang pertaubatan dan pengampunan dosa harus disampaikan ke seluruh bangsa, mulai dari Yerusalem. Kamulah saksi semua ini, Dan Aku memberikan apa yang telah dijanjikan oleh Bapa padamu. Tapi kamu harus tunggu di Yerusalem, Sehingga kuasa dari atas turun ke atasmu. Tuhan memberkati dan memelihara kamu. Kepada Aku telah diberikan semua kuasa di syurga dan di bumi. Pergilah dan jadikanlah semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dalam nama Bapa, Anak dan Roh Tuhan, Ajarlah mereka melakukan apa yang Aku telah perintahkan. Dan ingatlah, Aku menyertai kamu selama-lamanya sehingga akhir zaman. Amin. Dalam Kitab Suci, Tuhan menyatakan bahawa Mesias akan datang untuk menyelamatkan dunia. Kehidupan Yesus membuktikan bahawa Dialah, yang dikatakan oleh para nabi dahulu. Nabi Yesaya menubuatkan bahawa: “Perawan itu akan mengandung dan melahirkan seorang anak” Beberapa abad kemudian, kelahiran Yesus telah menggenapi nubuatan itu. Kitab Suci menyatakan bahawa anak kudus yang dilahirkan disebut Anak Tuhan. Ini bermakna bahawa Yesus akan disebut Anak Tuhan dalam pengertian rohaniah, bukan fizikal. Kita dapat melihat bagaimana Dia menjalani hidup-Nya: Dia menyembuhkan orang sakit, mengampuni dosa mereka dan membawa mereka kembali kepada Tuhan, dan berjanji kepada mereka tempat dalam kerajaan kekal. Dia memberikan diri-Nya sebagai korban atas dosa-dosa bagi pihak mereka dan kemudian bangkit mengalahkan maut. Yesus berkata: “Tidak seorangpun dapat mengambil nyawaKu daripadaKu. Aku menyerahkannya dengan rela." Kehidupan Yesus tidak setakat menggenapi tulisan-tulisan para nabi, tetapi mengesahkan kebenaran Firman Tuhan. Para nabi menyatakan: “Firman Tuhan adalah sempurna, FirmanMu Ya Tuhan adalah kekal abadi.” Yesus sendiri berkata: “Langit dan bumi akan berlalu, tetapi firmanKu tidak akan berlalu” Yesus datang memberikan hidup-Nya kepada kita dalam segala kepenuhannya, tetapi ketika manusia tidak taat di taman Eden dan mengikuti jalannya sendiri maka ia dipisahkan daripada penciptanya. Kitab Suci berkata “semua orang telah berbuat dosa” dan “upah dosa ialah maut” Yang dimaksudkan adalah kematian secara rohani – terpisah dengan Tuhan selama-lamanya. Namun seperti Tuhan menyediakan domba jantan menggantikan tempat anak Abraham dia juga mengutus Yesus mati bagi pihak kita. Kehidupan, kematian dan kebangkitan-Nya telah memulihkan hubungan antara Tuhan dengan mereka yang mempercayai Dia. Sekarang, mereka yang mengikut Yesus tidak hanya mengalami pengampunan dosa tetapi diselamatkan dari penghukuman kekal. Mereka juga diberi kepastian masuk Syurga dan hidup bersama-sama Yesus selama-lamanya. Kehidupan yang seperti itulah, serta bebas dari daripada rasa bersalah dan kuasa dosa yang ditawarkan oleh Yesus pada hari ini. Bukan mengikut satu lagi agama melainkan beriman kepada Yesus yang mengatakan, “Aku berdiri di hadapan pintu dan mengetuk. Sesiapa yang mendengar suaraKu dan membukakan pintu, Aku akan bersama-sama dengan dia.” Ini bermakna kita kembali kepada Tuhan dan mempercayai Yesus masuk ke dalam hidup kita, pengampuni dosa dan menjadikan kita menurut kehendaknya. Tidak cukup hanya bersetuju secara fikiran mahupun pengalaman emosi. Kita menerima Yesus melalui anugerah dengan iman sebagai tindakan kemahuan kita. Apabila seseorang sudah bersedia untuk menjadi pengikuti Yesus yang adalah Mesias mereka boleh bercakap dengan Yesus dalam doa yang mudah. Mungkin anda sudah bersedia untuk membuka pintu hidupmu untuk Tuhan. Jika ya, anda boleh mengikuti doa berikut ini dalam hati anda: Tuhan Yesus, saya memerlukan Engkau. Terima kasih kerana mati di salib untuk dosa-dosa saya. Saya mengakui dosa-dosa saya dan bertaubat. Saya membuka pintu hati saya dan menerima Engkau sebagai Tuhan dan Penyelamat. Terima kasih kerana mengampuni dosa-dosa saya dan memberi hidup kekal kepada saya. Jadikan saya peribadi menurut kehendakMu, sebab saya menjadi salah seorang pengikutMu. Amen. Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya: “domba-dombaKu mengenal suaraKu; Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku.” Untuk mengalami hidup berkelimpahan yang Yesus janjikan, pengikut-pengikut-Nya harus bercakap kepada Tuhan setiap hari dalam doa dan membaca atau mendengar Firman-Nya. Mereka menceritakan tentang Yesus dan bersekutu bersama dengan mereka yang mengasihi serta mengikuti Dia. Ingatlah akan janji-Nya yang indah: “Semua kuasa di syurga dan dibumi telah diberikan kepadaKu.” “Aku menyertai kamu sentiasa sampai kesudahan zaman.”
JesusFilm