3 daripada 8Do You Ever Wonder...? · 8 bab

Can the Bible Be Trusted?

Have you ever wondered why followers of Jesus believe the Bible is the same today as when it was originally written? Archaeological evidence validates that today’s Bible consists of the same Scriptures originally written thousands of years ago.

Soalan anda

Ayat Alkitab

Kongsi
2 Timothy 3:16

All Scripture is God-breathed and is useful for instruction, for conviction, for correction, and for training in righteousness,

Berean Standard Bible

Public Domain

Baca lagi...
Bahan percuma

Ingin memahami Alkitab dengan lebih mendalam?

Sertai pembelajaran Alkitab

Transkrip

Malay (بهاس ملايو)
Pernahkah kamu terfikir mengapa pengikut Yesus percaya bahawa Al Kitab adalah sama hari ini seperti semasa ia pada asalnya ditulis? Al Kitab adalah Kitab Suci Tuhan, ditulis lebih daripada 1500 tahun dahulu. Sebenarnya Alkitab adalah perpustakaan buku yang mengajar kita tentang Tuhan dan piawaian Moral-Nya untuk semua orang. Ia termasuk Kitab Taurat, Kitab Zabur, Kitab Injil, dan surat-surat kepada pengikut Yesus. Alkitab memberitahu bahawa kita adalah sebahagian daripada ciptaan Tuhan. Sesetengah orang menganggap Alkitab terlah berubah selama bertahun-tahun disebabkan oleh pertejemahan yang banyak. Alkitab pada asalnya ditulis dalam 3 bahasa dan sejak itu telah diterjemahkan berulang-kali supaya setiap orang boleh membaca Firman Tuhan dalam bahasa mereka sendiri. Sesetengah bahasa mempunyai beberapa terjemahan tetapi semuanya membawa mesej yang sama. Setiap salinan Alkitab merupakan terjemahan daripada teks yang asal dan disemak terhadapnya. Segudang bukti arkelogi mengesahkan terjemahan Alkitab moden. Sebagai contoh, terdapat sebanyak 981 naskah Alkitab purba yang telah dikarang sekitar kurun ke 3 sebelum masihi (BC) dan abad ke 1 Masihi ditemui berhampiran Laut Mati semasa pertengahan abad ke-20. Salah satu manuskrip ini adalah "Gulungan Yesaya Agung." Ia merangkumi kesemua 66 bab dalam kitab Yesaya, Kitab Yesaya meramalkan tentang kehidupan serta kematian Yesus Kristus. Gulungan Yesaya Agung adalah sama dengan kitab Yesaya dalam Alkitab moden. Sebahagian Alkitab yang memberitahu kita tentang Yesus telah dikarang oleh pengikut-pengikutNya yang hidup semasa hayatNya pada abad ke-1. Mereka menghantar penulisan mereka ke rantau yang lain kepada pengikut-pengikut Yesus untuk mengesahkan penulisan mereka. Pengesahan dibuat dan dituliskan semula dan dicetak serta dihantar kepada lebih ramai pengikut Yesus. Lebih daripada 25000 naskah Alkitab Kuno yang menceritakan tentang Yesus telah ditemui. Kesemuanya sama antara satu sama lain dan sama dengan Alkitab Moden. Juga terdapat Alkitab lengkap, yang ditulis dalam bahasa Yunani, dipamerkan di Perpustakaan British. AlKitab ini "The Codex Sinaiticus" bertarikh sekitar 350AD dan betul-betul sama dengan AlKitab moden. Alkitab mempunyai salinan yang paling banyak dipulihkan daripada mana-mana teks kuno. Secara keseluruhan, bukti membuktikan Alkitab hari ini terdiri daripada kitab yang ditulis pada asalanya beribu tahun dahulu.
JesusFilm