Filem pendek
Did Jesus Come Back From the Dead?
3 minFHD
Do You Ever Wonder...?·7 daripada 8Klip 7 daripada 8
Did Jesus Come Back From the Dead?
Jesus told people that he would die and then come back to life. This short film explains the details surrounding Jesus' death and resurrection.
SoalanSoalan berkaitan
Soalan andaAyat Alkitab
KongsiJohn 11:25
Jesus said to her, “I am the resurrection and the life. Whoever believes in Me will live, even though he dies.
Berean Standard Bible
Public Domain
Baca lagi...Transkrip
Malay (بهاس ملايو)
Pernahkah anda tertanya-tanya sama ada Yesus Kristus benar-benar mati dan bangkit daripada kematian?
Bagaimana kita boleh tahu dengan pasti?
Yesus telah mengajar selama tiga tahun…
apabila Dia memberi amaran kepada pengikut terdekatnya bahawa Dia akan mati,
dan berjanji Dia akan mengatasi maut dan hidup semula.
Tetapi mereka tidak faham apa yang dia katakan.
Salah seorang pengikutnya iaitu, Yudas telah mengkhianatinya.
Kemudian, pemimpin agama telah membuat tuduhan palsu terhadap perilaku jenayah Yesus.
Orang ramai mempercayai pembohogan itu dan menuntut kematiannya.
Pengikutnya lari dan bersembunyi malah berbohong bahawa mereka tidak mengenalinya.
Yudas rasa bersalah lalu membunuh dirinya sendiri.
Tetapi, ini adalah rancangan Tuhan
segala yang berlaku telah diramalkan oleh para-para nabi-Nya.
Yesus dibunuh bersama dua penjenayah dengan hukuman yang biasa pada masa itu
iaitu digantung pada salib.
Askar Rom memastikan dia telah mati,
kemudian mayatnya dibawa ke kubur dan pengawal Rom ditempatkan untuk berjaga di situ.
Pada hari ketiga,ketika wanita-wanita yang telah mengikut Yesus pergi untuk menyempurnakan tubuh-Nya...
Batu perkuburan telah digulingkan terbuka oleh Mailakat lantas ini telah menakutkan pengawal.
Apabila wanita itu tiba, mereka melihat kubur yang kosong dan malaikat berkata kepada mereka,
"Mengapa kamu mencari yang hidup di antara orang mati? Dia tiada di sini; Dia telah bangkit!"
Mereka berlari untuk memberitahu kepada pengikut-pengikut Yesus, tetapi pengikut-pengikut itu tidak percaya
…sehinggalah Yesus berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata,
"Sejahteralah terhadap kamu."
Dia bertemu dengan mereka berkali-kali selama 40 hari berikutnya.
Sebelum Dia naik ke syurga, Yesus telah menampakkan dirinya kepada lebih dari lima ratus orang.
Pengikut terdekatnya, yang melarikan diri dalam ketakutan, kini faham dan percaya.
Mereka memberitahu orang ramai apa yang mereka saksikan dan telah dibunuh atas apa yang mereka ajarkan.
Namun begitu, berita tentang kematian dan kebangkitan Yesus telah pun tersebar ke seluruh dunia.
Kerana saksi-saksi ini, kita boleh yakin bahawa kematian dan kebangkitan-Nya adalah benar.
Yesus mati untuk membayar hukuman atas dosa kita…
tetapi Yesus mempunyai kuasa atas kematian dan bangit semula!
Dia masih hidup di syurga dan suatu hari nanti akan kembali untuk menghakimi yang hidup dan yang mati.
Bagaimanakah anda akan bertindak balas terhadap kematian dan kebangkitan Yesus?