Memuatkan video
Transkrip
Malay
Pernahkah anda terfikir sama ada orang Kristian percaya kepada satu Tuhan atau tiga Tuhan?
Tuhan Maha berkuasa. Keseluruhan kuasa dan kewujudan-Nya adalah di luar pemahaman manusia.
Pencipta segala-galanya, Dia boleh memilih untuk melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki,
namun Dia memilih untuk memperkenalkan diri-Nya kepada kita dan mendedahkan sifat-Nya
Kitab Suci berkata, "Tuhan kita, Tuhan itu satu."
Sifat suci-Nya adalah misteri, tetapi kitab suci banyak mendedahkan sifat-sifat Tuhan
sehingga kita boleh mula memahaminya.
Mari kita cuba memahaminya dengan cara ini …
bayangkan sebentuk cincin.
Satu bentuk bulatan yang sempurna tanpa permulaan atau penghujungnya.
Sekarang bayangkan cincin ini diperbuat daripada tiga jalur yang berjalin.
Ia masih satu cincin, tatapi ia mempunyai tiga bahagian yang indah;
bersambung tetapi tersendiri.
Cincin ini dapat memberikan kita gambaran tentang sifat Yang Maha Kuasa
dengan setiap jalinan melambangkan keperibadian Tuhan.
Peribadi yang pertama, Tuhan menyatakan diri-Nya sebagai Bapa Yang Mahakuasa:
Pencipta segala sesuatu yang kelihatan dan tidak kelihatan.
Dia duduk di atas taktha Syurga.
Peribadi kedua, Tuhan menyatakan diri-Nya sebagai Yesus.
Dia adalah gambaran Tuhan dalam bentuk manusia, diberi gelaran "Anak Tuhan"
Alkitab berkata, "Tuhan telah berbicara kepada kita dengan perantaraan Anak-Nya
sinaran cahaya kemuliaan Tuhan dan gambaran persamaan Tuhan ."
Tuhan datang ke bumi sebagai Yesus untuk menyelamatkan manusia dan menyampaikan kehendak-Nya kepada manusia.
Peribadi ketiga, Tuhan menyatakan diri-Nya sebagai. "Roh Penolong."
Yesus berkata, "Aku akan meminta kepada Bapa, dan Dia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain untuk menolong kamu
dan menyertai kamu selama-lamanya - Roh kebenaran…Dia tinggal bersama kamu dan akan ada di dalam kamu."
Roh ini menolong kita untuk mengenal Tuhan dan memahami Dia.
Tuhan Alkitab adalah satu Tuhan Yang Maha Kuasa
dalam kewujudan-Nya dalam harmoni yang sempurna antara tiga peribadi
membantu kita memahami kekayaan kewujudan-Nya dan membesarkan betapa berbezanya
antara Tuhan dan manusia.
Sebagai satu Tuhan yang Kudus, Dia memilih untuk mendedahkan diri-Nya
dan mengajak kita berhubung dengan-Nya.