Memuatkan video
Transkrip
Malay
Siapa itu Yesus?
Apa yang telah dilakukan oleh Dia,
dan kenapa Dia berbuat demikian?
Baginda Yesus memerintah di Syurga,
tetapi manusia telah menjadi hamba kepada dosa.
Tuhan mengasihi manusia
dan mahu manusia bebas,
jadi Yesus turun ke dunia untuk memenuhi apa yang terkandung di dalam kitab suci dan untuk menyelamatkan umat manusia.
Roh Tuhan mendekati seorang dara bernama Maryam
dan dia hamil tanpa sebarang hubungan seksual.
Beberapa bulan kemudian, Yesus dilahirkan di dalam kandang.
Yesus ialah seorang manusia tetapi dia juga adalah Tuhan
jadi dia menggelar diri-Nya
sebagai Anak Tuhan,
gelaran yang bererti Dia Tuhan menjadi manusia.
Sifat Yesus adalah misteri yang tidak dapat difahami sepenuhnya oleh fikiran kita.
Semasa di Bumi, Dia melakukan banyak mukjizat
mengajar dengan berwibawa
dan menjalani kehidupan tanpa dosa-
kehidupan yang sempurna yang tiada manusia lain dapat hidup.
Yesus rela mengorbankan dirinya sebagai persembahan yang sempurna bagi pihak kita.
Selepas tiga hari
Yesus bangkit dari kematian,
menunjukkan kemenangannya ke atas dosa dan kematian.
Yesus diangkat ke syurga,
dan tidak akan mati lagi.
Itulah sebabnya dia dipuji dengan banyak gelaran dan penerangan sebagai AlMasih seperti yang tertera dalam kitab Taurat,
gelaran seperti Penyelamat, Anak Tuhan, Emmanuel (Tuhan bersama kita) dan Anak Domba Tuhan.
Yesus memenuhi segala ramalan,
menanggung segala hukuman kita,
dan menyelamatkan kita daripada dosa.
Suatu hari nanti, Dia akan kembali untuk menghakimi semua orang,
tapi hidup-Nya, kematian-Nya, dan kebangkitan-Nya
memberikan kita jalan untuk dibenarkan.
Alkitab menyatakan kita mesti bertaubat
dan percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat kita daripada dosa
untuk mengalami hubungan yang penuh kasih dan dipulihkan dengan Tuhan.
Mahukah kamu menerima tawaran ini?